Wednesday, 3 October 2012

Nur Iman Khalisha


Alaaa tomey tomeeyyy! Anak sape lah yang comel ni? hihi...okay mummy perasan jap! 12 Mei 2012, tepat jam 10.01 pagi, lahirlah seorang puteri yang sangat cute yang diberi nama Nur Iman Khalisha binti Mohd Zulhelmi.

Actually masa lahirkan Khalisha, usia kandungan aku tepat 38 minggu. Due date sebenarnya 27 Mei 2012. Okay nanti aku cerita kenapa jadi awal 2 minggu. Masa aku dapat tahu aku pregnant, time tu dah masuk 5 weeks. Aku test sendiri kat rumah sebab masa tu dah lewat 10 hari period. Aku ingat lagi hari tu hari sabtu. Bangun pagi aku terus check guna pregnancy test. Memang kena test pagi sebab time tu urine kita tak bercampur dengan apa-apa lagi. Berdebar gak time tuh. Bila tengok result...OMG! Ada dua line merah. That's mean its POSITIF! Aku terus jerit panggil hubby aku. Muka memang terkejut giler laa kan. But at the same time kami blur sebab macam percaya tak percaya je. Nak mengesahkan lagi, kitaorang terus pergi klinik and the same result keluar. Doktor cakap baru 5 weeks. EXCITED gilerrr! Yeayyy...kami nak jadi daddy and mummy!

Sepanjang pregnant aku tak de masalah alahan yang teruk. Cuma for the 1st three month tu je aku macam penat and mengantuk bila tengahari. Muntah-muntah memang tak de langsung. Mual-mual sekali sekala tu adalah. Dan bermulalah episod keluar masuk klinik for monhtly chekc up. Part tu aku suka sebab nak tahu perkembangan baby. Untuk bulan ketiga baru aku start register for monthly check up. Disebabkan aku banyak tanya pengalaman kawan-kawan, aku decide nak buat 1st check up dekat klinik kesihatan untuk dapatkan buku merah. Dengan buku tu nanti senang orang kata if ada emergency sebab apa-apapun akan dirujuk kepada hospital kerajaan jugak. Itu sebagai persediaan. Then bila kandungan aku dah masuk 5 bulan, baru aku buat check up dekat hospital yang aku nak bersalin. Bila dah discuss dengan hubby aku, kitaorang decide untuk pilih Hospital Umra, Seksyen 13 Shah Alam.

Kitaorang teruja sebenarnya nak tahu jantina baby kitaorang. Tapi Allah tu Maha Berkuasa. Sampai aku bersalin pun kitaorang tak tahu jantina baby kitaorang sebab setiap kali scan memang tak nampak. Siap scan 4D lagi tau. Tetap tak nampak. Actually bila dah masuk 7 bulan tu, doktor cakap kedudukan baby songsang. Tapi kitaorang still berharap baby akan berpusing pada kedudukan normal. Risau jugak. Nak urut-urut untuk pusing ni memang aku tak nak lah! Tak berani nak amik risiko. So redha je lah.

Dah masuk 37 minggu kandungan, baby still breech and doktor said memang takde pilihan lain. Ceaser lah jawabnya! Masa tu perasaan dah bercampur-campur dah. Cuak wehhh. Dah lah sampai kesudah jantina tak tahu. Baju and barang-barang baby semua beli warna-warna selamat je. Fikir punya fikir, aku pun bincang dengan hubby aku nak tukar gynae. Last minit okay. Aku nekad. Search lah kat internet and tanya experience orang. Last-last decide nak pergi HUKMSC (private wing) and jumpa Proff. Hashim sebab aunty aku cakap Proff. Hashim tu is the best among the best. Pagi tu call, petang terus Proff. Hashim suruh datang jumpa dia. Nasib aku baik sangat sebab mana ada hospital nak terima kes last minit uolls sebab biasanya kena booking date awal-awal. After check up...memang baik Proff. Hashim ni. Baru kenal kejap aku rasa dah macam kenal lama. Proff. Hashim cakap memang takde cara lain. Elektif ceaser lah jawabnya yerrr. Yang best terus suruh kitaorang pilih date. Wahhhh! Boleh pilih date cantik uolls...maka dengan itulah kami memilih tarikh 12 Mei 2012. Senang nak ingat and date pon cantik. Means, hari Isnin jumpa doktor, hari Sabtu aku dah kena serah diri kat hospital. Haaa...dah terjawablah kenapa Khalisha lahir awal 2 minggu.

Syukur Alhamdulillah...baby aku sihat walafiat dan sangat comel. Semoga Nur Iman Khalisha akan menjadi anak yang solehah. Next entry aku nak share pengalaman dalam labor room pulak. Pengalaman yang sangat BEST bagi aku :-)

No comments:

Post a Comment