Wednesday, 3 October 2012

Big Day

Agak dah basi sebenarnya if aku nak update pasal wedding aku ni. Tapi nak update jugak. Hehe...

Tanggal 4 Jun 2011 adalah hari paling bermakna dalam hidup aku sebab dah bertukar status daripada anak dara kepada isteri orang. Takut jugak sebenarnya nak pegang tittle "isteri" ni tapi Allah dah tetapkan setiap manusia diciptakan berpasangan cuma yang berbeza adalah cepat atau lambat seseorang tu dapat jodoh. Aku kenal dengan hubby aku pun tak lama. Dalam tempoh 6 bulan selepas berkawan, family hubby aku datang merisik. 6 bulan selepas majlis merisik, kami bertunang dan 6 bulan selepas bertunang kami kawen. Simboliknya nombor 6 tu kan? nasib baik hantaran bukan 66666.66!


Bagi aku tempoh perkenalan tu tak penting.apa yang penting, persefahaman dan keserasian antara kita dengan pasangan kita. Jodoh. Itu yang paling tepat. Kalau kita berkawan 10 tahun sekalipun belum tentu jodoh kita dengan dia. Kalau orang tanya "bila nak kawen?" janganlah kita ringan mulut jawab "lambat lagi" sebab kata-kata tu kan doa. Kalau kita tak bersedia sekalipun, cukup simpan dalam hati. Jangan risau, rezeki akan melimpah ruah bila kita nak mendirikan masjid. Wahh! sesi ceramah dah start. Hehe...

Berbalik pada tajuk entry di atas, 4 Jun adalah tarikh akad nikah. Semua preparation aku buat sendiri. Selesai akad nikah, malam tu ada majlis berinai untuk family terdekat je. Esoknya pulak bersanding. Kami pilih color pink belacan. Time tu color ni baru nak famous. Baju sanding ni aku design sendiri and bagitau designer nak macamana.Pergi beli kain semua dengan designer. Puas hati bila kita buat sendiri ikut taste kita. Tapi ada jugak idea mama aku pakai. Tak de lah tolak mentah-mentah idea orang lain. Disebabkan aku dah ada banyak experience handle majlis kakak, abang, adik and sepupu sepapat aku so tak de masalah sangat nak buat everything. Cuma yang tak bestnya...time aku kawen ni semua yang dah kawen sibuk dengan anak kecik so tak dapat nak tolong aku sangat. Tapi takpe, as long as dorang balik memeriahkan majlis tu dah cukup bagus.



Dah selesai majlis belah perempuan. 11 Jun 2011 majlis bertandang sebelah lelaki. Saje weolls pilih date tu konon-konon cantik lah. 11.6.11. Cantik kan?kann?kannn? Alhamdulillah both majlis berjalan seperti yang dirancang. Penat memang penat tapi berbaloi. Kawen sekali je seumur hidup. Tak banyak gambar aku share kat sini. Nak share semua over pulak rasa. Kalau nak tengok full album sila datang rumah yerr. Hikhikhik....



Actually kami dah pun meraikan anniversary kami yang pertama. Yang paling best dapat celebrate bersama puteri kesayangan kami. Itu adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup kami. Aku tak perlukan hadiah yang mahal-mahal, percutian mewah, atau bunga beratus kuntum. Aku cuma harapkan rumahtangga yang kami bina kekal hingga hujung nyawa kami dan berharap kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aku juga berharap aku dapat menjadi seorang isteri yang solehah kepada suami aku dan seorang ibu yang baik dan penyayang kepada anak-anak aku nanti. Amin.

No comments:

Post a Comment